|
Insaflah Oi ..
Tuesday, February 28, 2012 | 12:23 AM | 0 Girly Says
Bila harta tak boleh ditukar kepada amalan, bila ahli keluarga tidak mengendahkan sesama mereka, bila hari selepas hari kiamat..♦ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. ♦ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. ♦ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. ♦ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. ♦ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. ♦ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. ♦ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. ♦ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. ♦ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. ♦ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. ♦ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: Pemimpin yang adil. Orang muda yang taat kepada perintah Allah. Orang yang terikat hatinya dengan masjid. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". Orang yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). Orang yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. ♦ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. ♦ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. ♦ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. ♦ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. ♦ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. ♦ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. ♦ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. ♦ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. ♦ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. ♦ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. ♦ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. ♦ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. ♦ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. ♦ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. ♦ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) ♦ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. ♦ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. ♦ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. ♦ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : Sedekah/amal jariahnya. Doa anak²nya yang soleh. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. Sleep ?
Saturday, February 25, 2012 | 3:21 PM | 0 Girly Says
Assalamualaikum, and good morning ! Yeahh, morning .Back to the point, Iffah tak tidur from 1am till now ! Apaaa? Kayy, cerita dia goes like this, mula2 Iffah tidur macam kanak-kanak normal . Then, Iffah terjaga pukul satu, panas teramatt .. Iffah pun salin baju lain and switch on the air-cond . Ahhh, baru lega rasa .. Then Iffah rasa buang masa sebab time tu Iffah tak boleh tidur kan ? Iffah pon decide nak buat homework : B .. I've finished all them ! Time tu baru pukul 2am lebih, Iffah boring, Iffah kemas beg then rembat lappy dengan broadband masuk bilik .. Online lahh sampai pukul 6am, lepas azan Iffah solat dulu and sambung tulis blog ... And sekarang Iffah nak tukar skin blog .. Hewheww : 3 Daaaa . Assalamualaikum :) Bad News .
Monday, February 20, 2012 | 11:29 PM | 0 Girly Says
Assalamualaikum,Wargh ! Stress gilosh hari ni ! Homework tak banyak la sangat -,- . Tapi ada dua bad news hari ni .. Firstly, birthday Iffah sama dengan Najiyah ! Eww, tak suka tak suka ... For the information, Najiyah is the most annoying girl in the class ! The whole class hate her ! Bayangkan ? Iffah satu kelas suka.. HAHA . tak de ah . Tapi yang pasti macam semut dengan dinosaur lah ! Tapi Iffah dino, Najiyah semut .. Boleh pijak pijak dia ! (evil laugh) .. Okay, back to the point . Iffah tak suka tak suka ! Tapi takpelah sebab Aqiilah (actually memang double 'i' bukan Iffah salah eja yek ?) pon sama jugak... Lega ! Secondly, tadi budak Form 1 dapat name tag , bila time Iffah dapat, cikgu kata orang tu salah buat .. Dia terbuat nama Iffah , IFFAH FARHANA ... Actually nama Iffah yang betul IFFAH FARZANA .. Farhana tu kakak Iffah ... Waa ! Iffah sorang je tak dapat... Malang malang .. Terpaksa la tunggu ... Adoi... Friendship Will Not Perfect Without A Fight .
Friday, February 17, 2012 | 9:38 AM | 0 Girly Says
Assalamualaikum,
Iffah baru je terfikir ayat ni setelah sesuatu kejadian happens tadi.. Bila fikir2 balik, betul jugak.. Ce kalau kawan biasa2 je, Contoh macam classmate la... Kita mesti tak pernah gaduh dengan dia kan? Ha, sebab kita tak rapat ngan dia, atau sebab kita tak cukup menyayangi dia, contoh la kita jealous kan bff kita kan, sebab tu kita gaduh kan? Cemburu tandanya sayang . Ha, tak semestinya sayang macam <3 <3 je, sayang sebagai kawan pon ada jugak kan ? Hafal, Homework, Hafal, Homework, Hafal -,-
Thursday, February 16, 2012 | 11:50 PM | 0 Girly Says
Assalamualaikum,Hafal, homework ! Perkataan terbaik minggu ni.. Ya Allah, banyak nye la kena hafal, takpe, buat sikit, nanti siap la kan? Ha, Rabu lepas kiteorang (Iffah, Munirah, Luth, Syafiqah, Umi) pergi bandar ... Kiteorang mule2 pergi library dulu, bajet nerd... Then kiteorang dahaga la pulak kan, lepas tu pergi 7E, beli slurpee, nyum ! Then, lepas dah minum lapar pulak .. kiteorang pon rancang nak beli burger ... kiteorang nak beli burger ayam, tapi lambat teramat..kiteorang pon beli la burger daging kan?
Kiteorang cari port tempat melantak kan, last2 kiteorang pilih makan dekat playground yang agak dekat la jugak.. Pastu lepas makan... Alang2 dekat playground tu, Apatunggulagi, main la ! Ahaks ! (Gelak gedik)
Pastu pegi la dekat Pulau Beram tu.. Pergi dekat Galeri Pengangkutan Air, kiteorang jalan kaki tau ! Ahaks ! Then, balik la.. berpeluh habisss.. Banyak lagi nak share tapi malehdenn.. Ahaks! Klah, chau lu..
*baru sedar lari topik Broadband oh Broadband
Sunday, February 12, 2012 | 4:32 AM | 0 Girly Says
Assalamualaikum ,Muah ! Muah ! Muah ! Kiss broadband ni.. rindu nye tak chat ngan die ... lepastu kan tadi Iffah jumpe Jaja, Nabila dengan Aliya .. Best ! Borak macam2 .. Haha.. Kay lah, Bubye! Blank .
Thursday, February 9, 2012 | 10:16 PM | 0 Girly Says
Assalamualaikum,(ck) ! Ni rahsie tau ? Iffah denagn Die je tau, Munirah pon Iffah tak kasitau ! hahaha Maulidur Rasul .
| 4:24 AM | 0 Girly Says
Assalamualaikum,Esok tak payah bawak buku ! Ohhyeahh, Sebabnye esok sekolah Iffah ade buat sambutan maulidur rasul, Munirah kate nak bawak dslr die, tapi Iffah tak confirm lagi nak bawak ke tak camera digital buruk tu.. Lagi satu kan, Iffah memang geram sangat2 dekat budak prep ! Setiap pagi Iffah masuk kelas, raba dalam laci tu, mesti ade makanan atau something yang tak menyenangkan ! Contohnye kan : Gule2 mesti ade ! , asam, kertas, letter budak2 ni, luahan perasaan taknak duduk asrama la ape la.. Lepas tu Iffah yakin 120% Meja Iffah paling serabut dalam kelas tu ! OMK oi mak kau ! Teruknye... Tak padan dengan ketue kelas bak kata Aisyah yang becok ! Kuang3, haha.. Ha, actually Iffah boleh online weekends je, tapi tetibe Ummi offer 'Angah nak gune ke ?' Iffah pon Ape lagi, buat2 baik terus ! Ahaha, hasilnye ? Iffah dapat la mencelah update belog ni.. Mueehehe . KBAI ! (Y) Blogskins ?
Sunday, February 5, 2012 | 7:21 PM | 0 Girly Says
Assalamualaikum,Blogskins?Iffah gune ni time Iffah darjah berapa ntah , pastu lelama Iffah dah lupa cara nak buat.. Iffah last2 mintak tolong Munirah :) Tengkiyuverimash Munirah ! |